Alhamdulillah... selesai juga percutian kami selama 3 hari 2 malam di Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir. Walaupun dah seminggu berlalu, rasa macam baru semalam kami menikmati keindahan Tasik Kenyir.
Percutian kali ni memang meriah sebab kami pergi ramai-ramai. Turut serta ibu mertua, adik ipar Amat dan Ida. Yang paling seronok mestilah dua puteri kesayangan kami, Nur Asiah Syamimi dan Nur Aisyah Damia. Macam-macam gelagat mereka sepanjang berada di sana. Ada yang senyum, ada yang buat muka serius, ada juga yang takut masa naik bot. Hehe...
Antara aktiviti yang sempat kami lakukan ialah menaiki bot mengelilingi tasik, menikmati pemandangan yang cukup mendamaikan serta melawat kawasan sekitar empangan. Udara yang segar dan suasana yang tenang memang sesuai untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Syukur juga kerana isteri saya merupakan kakitangan kerajaan, jadi kami berpeluang menginap di Rumah Peranginan Persekutuan dengan harga yang sangat berpatutan.
Semoga gambar-gambar ini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Moga suatu hari nanti ada rezeki untuk kami kembali semula ke Tasik Kenyir bersama ahli keluarga yang lebih besar pula. Insya-Allah.
"Kenangan mungkin berlalu, tetapi gambar akan sentiasa mengingatkan kita tentang saat-saat bahagia bersama keluarga." β€οΈ
Malaysia
London
Saudi Arabia