Sunday, May 24, 2020;
May 24, 2020
1 Syawal 1441H | Ahad, 24 Mei 2020
Raya ke-15 sebagai suami isteri
Tema warna: Kuning & Hijau Zamrud
Tahun 2020... sambutan Aidilfitri yang sangat berbeza.
Pertama kali dalam sejarah, Raya disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tiada ziarah sanak saudara. Tiada kunjungan balas. Hanya di rumah, kami sekeluarga β
meraikan Syawal seadanya, penuh kesyukuran.
Ini adalah kali ke-15 kami menyambut Aidilfitri sebagai suami isteri.
Walau tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, tetapi inilah raya yang paling sunyi namun paling bermakna β kerana kami diberi nikmat kesihatan, keluarga, dan masa bersama.
Gambar kenangan ini, satu bingkisan berharga.
Wajah-wajah comel anak-anak yang makin membesar, senyum manis isteri yang sentiasa sabar,
dan saya⦠yang bersyukur masih diizinkan Allah memimpin keluarga kecil ini.
Semoga Syawal ini tetap menjadi Syawal penuh cinta dan rahmat.
Aamiin Ya Rabb.