Thursday, May 13, 2021;
May 13, 2021
Secebis kenangan
Aidilfitri 1442H | Musim PKP Raya ke-16
1 Syawal 1442H
Khamis, 13 Mei 2021
Tahun ni... masuk Raya ke-16 kami sebagai suami isteri. Tak sangka, dah 16 kali lalui pagi Syawal bersama β dari dua jadi lima orang, makin bertambah memori dan kisahnya.
Aidilfitri kali ni jatuh dalam musim PKP lagi. Suasana raya masih sederhana, tiada kunjung-mengunjung, tiada rentas negeri, dan tiada suasana kampung yang dirindui. Tapi kami tetap bersyukur⦠kerana masih dapat menyambut Syawal dalam suasana tenang, sihat dan bersama orang tersayang.
Tema tahun ni merah hati. Walaupun wajah ada yang keletihan (dan ada juga yang senyum tahan gelak), tapi semua tetap sporting untuk posing depan kamera ππΈ.
Kadang-kadang kita lupa nak hitung berapa lama kita dah bersama, tapi gambar-gambar inilah yang bantu simpan segala cerita β walau ringkas, tapi penuh makna.