Monday, July 21, 2025;
July 21, 2025
π Isnin, 21 Julai 2025
π Sarapan di McDonald & Hantar ke LRT Putra Heights
Misi Pulang ke Dungun β Final Exam Mode ON
Hari ni, 21 Julai 2025 β pagi Isnin yang bermakna. Anak sulung kami, Nur Asiah Syamimi, akan pulang semula ke kampus di UiTM Dungun untuk menghadapi final exam.
Kami keluar awal pagi, ambil peluang untuk sarapan bersama di McDonald. Masa yang sekejap tu cukup berharga. Sembang santai, makan sama-sama, dan simpan moment dalam hati β sebab lepas ni dah tak jumpa seminggu dua.
Selesai sarapan, saya hantar dia ke LRT Putra Heights. Dari situ, dia akan naik tren ke TBS, dan teruskan perjalanan dengan bas ke Dungun.
Sempat lambai dan senyum sebelum dia turun. Dalam hati saya, macam-macam doa mengiringi langkahnya. Semoga dipermudahkan perjalanan, dilapangkan dada masa exam, dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Tak sabar nak dengar khabar berita lepas semua ujian selesai. Go go kakak! πͺπβ€οΈ