Thursday, August 8, 2013;
August 08, 2013
8 Ogos 2013 | Khamis
Alhamdulillah, tahun ini merupakan Hari Raya Aidilfitri kami yang ke-8 sebagai suami isteri sejak bernikah pada Januari 2006.
Seperti biasa, kami pulang beraya di Muadzam Shah, Pahang. Syawal kali ini terasa lebih meriah apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan melihat ketiga-tiga puteri kami membesar dengan sihat.
Yang paling mencuri perhatian sudah tentulah si bongsu. Baru berusia setahun lebih, sudah pandai berjalan ke sana sini dan menjadi penghibur seluruh keluarga. Melihat telatahnya pada pagi raya benar-benar membuatkan hati saya rasa tenang dan bersyukur.
Semoga Allah SWT terus memelihara keluarga kecil kami, mengurniakan rezeki yang halal dan memberkati setiap langkah kehidupan kami. Aamiin. πβ€οΈ