Damia batuk berkahak...siyan kat dia..dah 4malam tak tidur lena...bernafas pakai mulut je... siyan jugak kat abi dan umi sebab tak dapat tidur lena sebab jaga Damia...Takpe,ujian dari-NYA dalam membesarkan amanah-NYA...
Saturday, January 16, 2010;
11:19 PM
Secebis kenangan
Sarapan (16 Januari 2010)
Mentang2lah sekarang ni dah tak de keje atau istilah O.T pagi sabtu,mulalah bawak family breakfast kat luar...menu makannya tiga roti canai kosong, sebiji roti canai sardin dan minumnya 2 teh tarik,1 milo dan 1 kopi radix,totalnya RM9.60...si kakak ni dah makan macam orang dewasa,sebiji roti canai tu dia sorang je habiskan + air teh tarik...
Friday, January 15, 2010;
10:32 PM
Secebis kenangan
Naik Basikal
Thursday, January 14, 2010;
7:01 PM
Secebis kenangan
Gaya Tidur
Monday, January 11, 2010;
11:55 AM
Secebis kenangan
Ke Tadika
Saturday, January 9, 2010;
11:37 PM
Secebis kenangan
Kenduri Kawen di Kelana Jaya
Lepas solat Zohor,terus ke Kelana Jaya bagi menghadiri majlis kawen kawan umi.Sampai sana dalam 2.30,kol 3pm catering dah nak kemas barang2 nya....Nasib baik sempat makan apa2 yang patut.
Lepas makan,Damia melepaskan hajat...So,singgahlah opis Umi sekejap untuk tukar baju... Settle semua,terus bergegas ke Mydin Subang untuk membeli barang2 keperluan dan barang2 dapur...
Wednesday, January 6, 2010;
3:00 AM
Secebis kenangan
EMPAT TAHUN BERLALU...
Syukur Alhamdulillah,
4tahun berlalu, pelbagai kegembiraan&kesedihan,kesenangan&kesusahan dilalui, ... aku amat bersyukur kepada-NYA kerna masih diberi rezeki yang mencukupi untuk menyewa rumah,menyediakan makanan dan pakaian bukan untuk seorang zaujah bahkan untuk 2 orang puteri yang sedang membesar.
bohonglah kalau ikatan perkahwinan selama 4tahun yang diselami bersama2 tanpa pergaduhan atau pertelingkahan..
sesungguhnya syaitan dan iblis laknatullah sentiasa berbisik2 agar ikatan perkahwinan ini terlerai...
Aku mengaku,ketika mana ada pertelingkahan atau pergaduhan,seketika itulah terdetiknya bisikan syaitan dan iblis laknatullah agar perkahwinan ini terlerai....
namun,sesungguhnya aku amat bersyukur kerna masih diberi kekuatan untuk menjaga ikatan perkahwinan ini...
inilah hakikatnya,bila mana kita menguasai akal,Insya'Allah baik kesudahannya....
Ya Allah Ya Tuhanku, Jadikanlah kami sebagai pasangan yang beristiqomah dalam melaksanakan ibadat kepada-MU dan tetapkanlah hati2 kami dalam menjaga iman dan amal kepada-MU...
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah anak2 kami sebagai muslimah sejati dan solehah iaitu menutup aurat dengan sempurna,tahu batas2 pergaulan antara dengan bukan muhrim dan menjaga iman dan amal kepadaMU dan peliharakanlah mereka dari maksiat2 dan fitnah2 dunia ini....dan jadikanlah anak2 kami sebagai orang yang sentiasa takut akan azabMu....
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menjaga amanah2 Mu ini melainkan dengan pertolongan dari Mu,Ya Allah... Sesungguhnya hanya DIKAU lah yang membalik2kan hati manusia...
Ya Allah Ya Tuhanku, Kami teramat malu untuk meminta syurgaMU lantaran amalan2 kami teramat jauh ketinggalan berbanding para nabi,rasul dan ulama2 tetapi kami tidak sanggup untuk menahan seksaan Neraka-MU... Pinta kami,hanya dengan Rahmat-Mu dan belas kasihan-Mu sahajalah yang dapat menyelamatkan kami sekeluarga dari seksaan Neraka...
Aamiin Ya Rabbal Aalaamiin...
Tuesday, January 5, 2010;
11:31 PM
Secebis kenangan
Hari kedua ke Tadika
Hari kedua Syamimi nak ke Tadika dah tak banyak karenah sangat berbanding semalam...Sebabnya semalam dia liat skit nak bangun jam 6.15 pagi...Hari ni bangun still sama,6.15 dan siap2 mandi dan pakai baju dalam jam 6.45...Masa Syamimi tengah sarapan roti bakar,Damia boleh pulak terjaga...join laaa sekali makan roti bakar....
;
2:35 AM
Secebis kenangan
Syamimi dah ke Tadika
syamimi yg membelakangi kamera
tup...tap...tup...tap...pejam celik pejam celik...sekejapnya masa berlalu..akhirnya,setelah usia 3 tahun 1bulan Syamimi dah tak dijaga oleh pengasuhnya...Sebabnya,Syamimi dah mula 'bertadika' ke Kelana Jaya...
Pagi2,lepas je Syamimi sampai ke tadika,cikgunya terus bawa Syamimi masuk kelas...Memang tak nangis pun....Bila aku intai kot tingkap,rasa nak gelak pun ada sebab muka Syamimi macam cuak je dengan new environment...antara kanak2 kat situ,Syamimilah yang paling kecik sekali sebab umurnya baru 3tahun 1bulan....yang lain2 tu semuanya dah umur 4tahun...
Petangnya masa amik Syamimi,Syamimi bagitau yg dia tak malu,nangis depan cikgu...tanya balik naper dia nangis,dijawabnya dia mengantuk...Try tanya cikgu,cikgu kata,pagi tu blaja sekejap,pastu Syamimi terus tertidur...
tu lah antara pengalaman pertama syamimi di alam tadikanya....